fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai nyanyian kumpulan The Gadys ‘kelaut’ ketika membuat persembahan di KNKV Viral Award 2024 baru-baru ini.

Malah, nyanyian kumpulan itu dikritik sumbang oleh netizen apatah lagi persembahan itu disiarkan secara langsung. Difahamkan, kumpulan tersebut mempersembahkan lagu Cintaku Sampai Ke Ethophia, Cinta Sampai mati serta Gadis dan Bunga.

Nyanyian kumpulan itu turut mendapat perhatian komposer terkenal, Julfekar yang turut hairan mengapa persembahan seperti itu boleh ‘lepas’ untuk membuat persembahan di kaca televisyen.

“Memang tak boleh brain. Macam buat persembahan di sekolah je. Meleleh taik telinga. Macam ni pun boleh lepas buat persembahan. Apalah jadi dengan industri muzik kita ni. Sedih hmmm,” tulisnya.

Perkongsian Julfekar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan pendapatnya itu. Malah, ada yang menganggap nyanyian kumpulan itu ‘level’ karaoke.