fbpx

Makin Aktif Di TikTok, Ustaz Ebit Lew Akui Belajar Dengan Aeril Zafrel

Sebut sahaja nama pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew, sememangnya ramai yang mengagumi beliau yang tidak pernah pernat menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Malah, Ustaz Ebit Lew juga turut dijadikan contoh sebagai suami yang sentiasa mengangjat darjat seorang isteri serta sering menyantuni bidadarinya.

BACA: Terima Sumbangan RM200,000 Dari TMJ, Ebit Lew Beli 500 Tab Untuk Pelajar

Baru-baru ini, Ebit ada memuat naik video membuat kejutan untuk isterinya dengan memberikan sejambak bunga ketika pulang ke rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Menitipkan kata-kata romantis buat isterinya, Ebit meluahkan rasa syukur kepada Allah dikurniakan isterinya di dalam hidupnya.

Menerusi entri itu, Ustaz Ebit turut menyatakan dia baru sahaja mula menggunakan aplikasi TikTok dan mempelajarinya daripada pelakon terkenal, Aeril Zafrel.

Perkongsian Ustaz Ebit itu turut mendapat perhatian Aeril yang memuji sikap romantis pendakwah kesayangan ramai itu dan mengatakan dia juga baru belajar menggunakan aplikasi berkenaan.

Menggunakan nama akaun @ustazebitlew, setakat ini Ustaz Ebit mempunyai 18 ribu pengikut. Menerusi aplikasi itu, Ebit memuat naik video misi kemanusiaannya serta aktiviti harian bersama keluarga.