fbpx

Kes Saman: Nadia Mustafar Gagal Peroleh Semakan Keputusan Mahkamah

Ekoran keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan Nadia Mustafar membayar RM50,000 kepada Lisdawati, pelakon itu telah mengemukakan permohonan semak semula.

Hakim Mahkamah Tinggi hari ini, Abang Iskandar Abang Hashim berkata Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali tidak terkhilaf dalam membuat keputusannya pada 31 Oktober lalu.

Nadia Mustafar di’arah membayar RM50,000 kepada Lisdawati selepas di’dakwa berniat jahat memberikan temubual kepada sebuah majalah hiburan sekitar 2003/4. – BH