fbpx

Kes Pukul Anak Angkat, Aliff Syukri Lega Sudah Selesai

Mac lalu hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa memukul anak angkatnya, Ameenah dan insiden itu dilaporkan oleh pembantu rumahnya sehari selepas kejadian.

Bagaimanapun, Aliff memaklumkan kes pukul anak angkatnya itu sudah pun selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah dan apa yang berlaku hanya fitnah. Perkara itu diberitahu oleh Aliff menerusi perkongsiannya di Instagram.

BACA: Kes Pukul Anak Angkat, Aliff Syukri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Menerusi perkongsian itu, Aliff memuat naik gambar anak ketiganya, Baem yang cedera di muka kerana jatuh motosikal. Aliff berkata jika anak angkatnya yang cedera sudah pasti akan menjadi kes polis.

“Kalau Ameenah kena mahu kes polis. By the way, kes Ameenah mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah, hanya berunsur fitnah!,” tulisnya.

Pendedahan Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur dan gembira dengan berita tersebut serta berharap Aliff akan terus menyayangi Aminah seperti anak kandungnya sendiri.

Terdahulu, tular video dan salinan laporan polis yang tertera nama usahawan tersebut dan anak angkatnya, Aminah Alip Shah. Malah. Aliff juga ditahan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.