Kes Pukul Anak Angkat, Aliff Syukri Dibebas Dengan Jaminan Polis
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai berita dimana seorang usahawan kosmetik disyaki memukul anak angkatnya. Susulan itu, netizen mengaitkan nama Datuk Seri Aliff Syukri serta anak angkatnya, Ameena.
Terbaru, BH Online melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya telah menahan Aliff bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera anak angkatnya semalam.
BACA: Terpalit Isu Pukul Anak Angkat, IG Aliff Syukri Diserang Netizen
Bagaimanapun, Aliff sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.
“Tangkapan dibuat ke atas Datuk Aliff, semalam. Siasatan dijalankan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Dalam pada itu, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil saksi yang ada kaitan dengan kes berkenaan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Semalam dalam satu kenyataan, polis mengesahkan pihaknya menerima satu laporan daripada seorang wanita Indonesia yang juga pembantu rumah Aliff, Sabtu lalu.
Menerusi laporan polis yang diterima pada jam 3.55 petang itu, pengadu memaklumkan Aliff mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk tujuan publisiti.
- SUMBER
- BH Online
Masuk jel mau rabak ko kna semburit alip wey
Ada duit senang lepas… xde duit je yg merengkok.
dah 2 hari x update IG huhu
Allah bg amaran sikit je tu, lepas ni jgn show off sgt, cuba low profie , jgn busy body benda bukan2. kasihanilah anak2 walaupun anak angkat mereka tak patut dilakukan begitu.
Kalo dh xde rsa kasih pd anak2,xsah la nak tunjuk baik ambil anak angkat semata2 nak naikkan rating…xde keikhlasan…kesian pd anak tu teraniaya
lepas aura19 kene, ko plak terlajak laris oii…
Kifarah… terciduk. Hamba socmed…
Ali Puteh pergi buat live ye huhu
Dia x ada buat live ke masa kene tahan..nak jugak tengok…org nak ambik anak angkat..ko pon sebok nak jugak..pastu ko rembat budak tu..bodoh..
kami nk live… kami nk live!!!!!
Memalukan ummat!
Memang pasal duit bangsa runtuh, ni lah ckp pasal perjuang agama bangsa sedap dgr tapi celaru pasal kedudukan agenda illuminati main Youtube lupa tuhan 24 jm sibuk dgn benda xder feadah. Sian :((
Bila melayu dapat internet ….
bandiri bandiri bandirikan diri korang yg bodoh tu cepat!
Allah swt maha adil…hr tu hg sibuk rumahtangga org…buka aib org…xdan sat Allah azawajalla byq cash….walopon hg byk cash setinggi gunung…xleh lawan kekuasaan Allah…semoga kita semua di dlm rahmat & lindungan Allah swt…aminn
Budak2 pegang duit bnyak2 buat apa..tu yg perempuan dok gila dgn pawi gaji 130k pompuan beratur je.
nape bini nya x bawa sekali g umah.. ?