fbpx

Terpalit Isu Pukul Anak Angkat, IG Aliff Syukri Diserang Netizen

Kecoh lewat malam tadi apabila tular berita mengenai seorang usahawan kosmetik didakwa memukul anak angkatnya berusia dua tahun dalam satu kejadian yang berlaku pada 28 Februari lalu.

Suspek dikatakan memukul muka kanak-kanak berusia dua tahun itu menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk tujuan publisiti dan “content” untuk melariskan lagi saluran YouTube miliknya.

BACA: Usahawan Kosmetik Disyaki Pukul Anak Angkat

Malah, tular di media sosial salinan laporan polis tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya, Ameena.

Susulan itu, Instagram jutawan kosmetik itu diserang oleh netizen yang bertanyakan mengenai isu tersebut serta mahukan penjelasan lebih lanjut. Malah, ramai yang mempersoalkan adakah benar Aliff terlibat dalam kes itu.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan sejak dari awal lagi ramai sudah perasan cara layanannya yang berbeza terhadap Ameena sejak dari awal lagi kanak-kanak itu diambil sebagai anak angkat.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan daripada pihak Aliff berhubung kontroversi berkenaan. Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, isterinya Datin Seri Nur Shahida berada di kota suci Mekah bersama anak-anak mereka untuk menunaikan ibadat umrah.