fbpx

Isu Bergaduh Dengan Madu, Fyna Jebat Tenang-Tenang Sahaja

Susulan isu pergaduhan dengan madunya, Datin Zalina Zaini, di sebuah restoran minggu lalu, penyanyi Fyna Jebat enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Memetik Utusan Online, isteri kedua jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan itu berkata dia kini dalam keadaan tenang dan mahu memberi fokus pada program Famili Duo.

BACA: Soalan Ikut Skrip, Janna Nick Kesal Dituduh Punca Fyna Jebat & Madu Bergaduh

“Tentang isu itu (pergaduhan dengan madu), tiada apa yang boleh diperkatakan. Biarlah isu ini kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Saya di sini, tenang sahaja. Malah, fokus untuk program Famili Duo juga tidak terganggu. Sudah dua kali kami raih Juara Mingguan dan Alhamdulillah, saya dan Ayda dapat mara ke pentas final.

“Seluruh pasukan kami sudah melakukan yang terbaik, jadi saya akan fokus lebih lagi untuk final pada minggu hadapan,” katanya.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan berlaku pergaduhan kecil dan kedua-dua pihak telah membuat laporan polis. Hasil siasatan, suspek (isteri pertama) berasa tersindir dengan kenyataan pengadu dalam program Famili Duo.