fbpx

(Kes Dadah) Zarina Ann Julie Enggan Jalani Ujian Air Kencing

KOSMO! melaporkan yang Zarina Ann Julie enggan menjalani ujian saringan air kencing apabila diarah berbuat demikian selepas ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini malam tadi.

Dek kerana keengganan pelakon yang sudah sejuk ini, beliau di’bawa ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk siasatan & ujian air kencing.

Entah apa yang di’sorokkan pelakon kontroversi Malaysia ini. Tidak cukup tampil dengan koleksi gambar seksi, hari ini berdepan pula persepsi masyarakat tentang salah guna dadah.

Memang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tidak declare apa-apa lagi namun tindakan Zarina Ann Julie mengelak ujian air kencing menimbulkan tanda tanya.

Kami pun ada sedikit perasaan pelik, kenapa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) buat operasi di LCCT? Hurmm.

UPDATE 2035hrs – Zarina Ann Julie di’dapati positif dadah jenis ketamin & rakannya positif dadah jenis syabu. Ha!