Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia semakin membimbangkan sekaligus membuatkan pemintaan terhadap bekalan topeng muka turut melonjak naik. Malah, sukar untuk mendapati topeng muka di pasaran kerana kebanyakannya sudah habis dijual.
Nampaknya bukan sahaja rakyat China menjadi kreatif apabila berdepan dengan isu wabak tersebut, penyanyi Aishah juga turut membuat sendiri pelindung muka untuk memastikan diri selamat daripada jangkitan virus membawa maut itu
BACA: “Aishah Terhegeh-hegeh Sangat Nak Harta, Tak Sama Kes Azwan”
Menerusi Instagram, Aishah turut berkongsikan cara membuat pelindung muka hanya menggunakan botol air. Menurutnya, idea itu tercetus selepas melihat rakan baiknya seorang doktor yang mencari plastik pembalut buku untuk dijadikan pelindung muka.
Aishah berkata ideanya mula timbul untuk mencipta pelindung muka sendiri apabila terpandang botol air kosong ketika hendak membuang sampah.
Dalam pada itu, Aishah turut menyarankan orang ramai membuat pelindung muka menggunakan kaedahnya itu jika terpaksa keluar buat masa ini. Mungkin ramai yang rasa perkara ini lawak, tapi tiada salahnya jika ianya dapat menghindarkan daripada wabak merbahaya itu.