fbpx

“Aishah Terhegeh-hegeh Sangat Nak Harta, Tak Sama Kes Azwan”

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai,Datuk Seri Vida ingin menyaman pengacara sensasi, Azwan Ali susulan tindakannya menghina usahawan kosmetik itu serta anak-anaknya.

Kes tersebut sudah pun selesai apabil Azwan sudah pun memohon maaf secara terbuka. Bagaimanapun, lain pula cerita timbul apabila penyanyi Aishah seakan mengungkit kembali kesnya terdahulu dengan DSV.

BACA: Hina DSV & Anak, Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf

Menerusi Instagram, Aishah mengatakan begitulah sakitnya dan rasa terhina apabila permintaan maaf yang diperlekehkan. Susulan statusnya itu, rata-rata netizen percaya bahawa ‘sindiran’ itu ditujukan kepada DSV.

Mengetahui tentang perkara itu, Vida menempelak Aishah yang cuba masuk campur dalam isu kes samannya terhada Azwan Ali. Vida menegaskan, kes Aishah dan Azwan berbeza kerana penyanyi itu disifatkan terhegeh-hegeh mahukan harta.

“Kes Aishah terhegeh-hegeh hendak harta. Ada ke pergi pilih berlian? Tidak ada satu syarikat di dunia bagi peluang pilih berlian satu persatu.

“Saya sahaja yang bagi peluang sebab terhegeh-hegeh sangat. Jadi, jangan samakan kes saya dengan dia dan Azwan. Ini dalam Instagram pun rajin komen,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Kemelut antara Vida dan Aishah telah pun berakhir pada Julai tahun lalu apabila usahawan kosmetik itu menyerahkan barangan kemas dan berlian bernilai RM80,000 seperti dituntut oleh Aishah.