fbpx

Kes Benjy: Pihak Polis Jumpa Alat Memproses Dadah, Really?

Ini pertama kali kami menulis tentang penangkapan Benjy yang di’katakan terlibat dengan kesalahan mengedar dadah bulan lalu.

Selepas membaca banyak kisah dari pelbagai pihak, kami putuskan yang penangkapan Benjy ada sesuatu yang mencurigakan.

Pada 11 Mac, Benjy di’tahan di tempat letak kereta di Segambut yang mana kemudian’nya beliau di’bawa apartment sewaan Benjy di Kepong.

Sampainya mereka di apartment tersebut, polis mendakwa mereka menjumpai 800 gram cocaine dan 140 gram methamphetamine (syabu) yang mana di’dakwa sebagai milik Benjy.

Bukan itu sahaja, Benjy turut di’dakwa menyeludup & mengedarkan dadah sebagai aktiviti sampingan beliau. Benjy di’nafikan hak untuk melantik peguam.

Pada 25 Mac, Benjy di’bawa ke mahkamah & di’dakwa memiliki 0.24 gram syabu di’kediaman beliau di’Segambut. Aneh bukan?

Ke’mana menghilang baki dadah haram yang pihak polis dakwa mereka temui di’kediaman Benjy di Kepong?

Hari ini pihak polis mendakwa mereka menemui pelbagai peralatan makmal bagi memproses dadah termasuk balang kaca uji kaji, pelbagai jenis kimia dan alat penimbang.

Jika benar peralatan ini di’temui pada masa yang sama ketika tangkapan Benjy, kenapa tiada apa-apa maklumat tentang peralatan dalam laporan rasmi polis untuk media?

Apakah ada procedure yang menghalang peralatan memproses dadah di’dedahkan kepada umum dalam masa yang sama tertangkapnya pesalah?

Kami mula sangat berminat untuk mengikuti perkembangan kes ini selepas kronologi semacam caca marba dengan pelbagai isu termasuk isu Benjy di’tahan tanpa sebab.