Aliff Syukri Hadiahkan Rumah Mewah Dua Tingkat Untuk Isteri
Meskipun ada yang kurang gemar dengan sikapnya yang didakwa suka menunjuk, namun ramai yang menjadikan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sebagai contoh seorang yang mementingkan keluarga.
Baru-baru ini, Aliff menghadiahkan Datin Nur Shahida sebuah rumah baru terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor sebagai tanda pengharga buat isterinya yang sudah bersusah payah memajukan perniagaan mereka.
BACA: Aliff Syukri Dipuji Hadiahkan Ibu Mentua Kereta Idaman
View this post on Instagram
Menerusi video dikongsikan, Aliff berkata dia sepatutnya membuat kejutan tetapi isterinya perlu menjalani kuarantin di rumah susulan adiknya disahkan positif Covid-19.
Kata Aliff lagi, dia memilih untuk menghadiahkan rumah kerana ia merupakan aset yang tidak akan menurun harganya serta mahu gembirakan isterinya yang sentiasa disisinya ketika susah mahupun senang.
Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi sikap usahawan itu yang sentiasa menghargai isteri serta mendoakan rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.
Next ..lsh rimas mat drag ni
nk termontoh dah bca kesah dua2 ekor ni…
dah muak.. you are so 3 years ago.