fbpx

Kereta Nissan 370Z Coupe Untuk Bintang Paling Popular ABPBH Ke 26

Kereta Nissan 370Z Coupe Untuk Bintang Paling Popular ABPBH Ke 26Bertuah badan siapa selebriti yang berjaya bergelar Bintang Paling Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 26, hadiah paling lumayan dalam sejarah.

Bintang Paling Popular kali ini bakal memandu pulang kereta mewah Nissan 370Z Coupe berserta hadiah iringan lain yang kesemuanya bernilai mencecah RM370,000.

Seorang pembaca Berita Harian bertuah juga bakal menerima hadiah bernilai RM81,000 — termasuk sebuah kereta Nissan Almera dan anda boleh mula borong akhbar tersebut. Heh.

Bertemakan Ledakan Geometri, ABPBH 2012 akan berpindah ke Stadium Putra, Bukit Jalil selepas 10 tahun menjadikan Arena of Stars, Genting Highlands sebagai lokasi rasmi.

Untuk pusingan awal pencalonan, seramai 383 calon selebriti disenaraikan bagi merebut 5 tempat teratas dalam 15 kategori dipertandingkan untuk ABPBH 2012.

Borang pencalonan awal untuk kategori dalam ABPBH 2012 sudah mula di’keluarkan melalui akhbar Berita Harian edisi hari ini sehingga 25 Disember — sila beli, mana tahu rezeki anda.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 26 akan bersiaran dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 April 2013 dengan TV3 sebagai stesen penyiar rasmi & Edaran Tan Chong Motor sebagai penaja utama.