Pasti ramai yang tahu pelakon Zarina Anjouline sememangnya seorang yang lantang bersuara. Zarina juga seringkali tampil dengan pendapatnya mengenai isu yang berlaku di sekelilingnya.
Baru-baru ini, Zarina berkongsikan perkhabaran gembira di mana dia baru sahaja membeli kereta baru buatan Malaysia. Perkongsiannya itu menjadi perhatian dimana Zarina memberitahu dia lebih sanggup mengambil kereta itu daripada membeli kereta jenama mewah tetapi akhirnya tak mampu untuk membayarnya.
BACA: Ifa Raziah Bengang Difitnah Skandal Dengan Bekas Kekasih Zarina Anjoulie
“Yeay new day new car. Biar la Proton je yang penting bukan no plate bukan register under nama cina mana entah ok. Beli apa yang afdal dan sesuai dengan ekonomi sendiri.
“Tak sanggup aku nak angkot merc tapi terkinja-kinja nak bayar kang Pastu makan maggi, lepas tu kang kena tarik,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Zarina turut menempelak netizen yang memandang rendah dengan pilihannya membeli kereta kebangsaan itu. Kata Zarina lagi, dia pernah membeli sebuah kereta jenama mewah ketika berusia 25 tahun dan mengakui ia keputusan paling teruk pernah dilakukannya.
https://www.instagram.com/p/BvA2fnoBW45/?utm_source=ig_embed
“Sebelum kau cakap ha Proton je, let me tell u that I had my first bmw when I was 25 n guess what worse decision ever. Sebab nak macam korang la giler glam nak show off.
“Tapi haprak maintenance macam setan semua mahal rosak sikit Kalau takde RM2k tak payahyah cite end up Bila jual balik value jatuh nak mati aku rugi untuk apa?
“Semua utk kebodohan aku nak show off. I don’t need all that now. I’m happy with my life keta aku proton Tapi hari-hari aku mampu makan udang galah. Dari kau bawak bmw makan ikan reject kat pasar,” katanya.
Betul apa yang dikatakan oleh Zarina. Janganlah beli kereta mewah semata-mata nak menunjuk tetapi akhirnya memakan diri. Lebih baik jika kita ukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.