fbpx

Ifa Raziah Bengang Difitnah Skandal Dengan Bekas Kekasih Zarina Anjoulie

Pasti ramai yang tahu pelakon Zarina Anjoulie sememangnya seorang yang lantang bersuara. Zarina juga seringkali tampil dengan pendapatnya mengenai isu yang berlaku di sekelilingnya dan sebelum ini pernah mendedahkan beberapa cerita panas selebriti.

Nampaknya nama Zarina sekali lagi menjadi bualan ramai, dimana baru-baru ini menerusi Instagram Live, Zarina mendakwa penyanyi dangdut Ifa Raziah mempunyai skandal dengan bekas kekasihnya dan Ifa juga dikatakan mengajak lelaki itu bermalam dihotel.

BACA: Zarina Anjoulie Dedah Natasha Hudson Curang Dengan Bekas Suami?

View this post on Instagram

Baru jer masuk tahun baru 2019 Ifa dah kena FITNAH dgn Zarina Anjoulie!!! Kata Ifa scandal dgn boyfriend dia…nak ajak MASUK HOTEL la bagai!!! Ya ALLAH…Apa ni??? Ujian apa pulak yg datang pada Ifa ni??? Ifa BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH tak pernah kenal dgn exboyfriend Zarina ni. Dan Ifa tak pernah kenal pun dgn si Zarina ni, tau la dia siapa, tapi tak kenal. Dia ada sebut nama ex boyfriend dia Hakim…mcm mana muka si Hakim ni pun Ifa tak tahu! Siapa2 yg kenal Hakim ni tolong sampaikan pada dia & Zarina…Sila kemukakan bukti…apa buktinya yang Ifa kenal si Hakim ni sampai ajak masuk bilik hotel. Ifa ada keluarga, ada Suami, ada anak2…apa perasaan dia org bila tgk video ni? Ifa tak pernah kacau siapa2 pun, kenapa orang buat mcm ni kat Ifa? Ifa tak ada scandal dgn siapa2 baik bujang atau suami org!!! Ifa kat London ni pun dgn suami & anak2. Ifa mmg sedih dgn apa yang berlaku skrg…kenapa Ifa selalu di fitnah, kenapa org selalu tuduh Ifa yg bukan2??? Ya Allah…Kau berilah kekuatan kepada aku dan keluarga ku utk menghadapi dugaan kali ini…Amin.

A post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Terkejut dengan dakwaan itu, Ifa Raziah meluahkan rasa kesal di atas tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa dia tidak mengenali bekas kekasih Zarina yang dikenali sebagai Hakim. Katanya lagi, dia juga tidak beberapa mengenali Zarina.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, Zarina memuat naik status permohonan maaf kepada Ifa berhubung tuduhan tersebut. Zarina juga turut menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak sakali lagi memohon maaf kepada Ifa.

Apa pun diharap isu ini dapat diselesaikan secara baik antara dua belah pihak dan diharap Ifa bersabar dengan apa yang berlaku.