fbpx

Kerap Bercuti, Kilafairy Nafi Dibela Sugar Daddy Tapi …

Lali dengan kritikan negatif netizen selama ini, Kilafairy hanya mampu tergelak apabila ada segelintir pihak mendakwa dirinya ditaja oleh sugar daddy apabila sering hadir ke majlis-majlis di luar negara.

BACA: “Peluk K-Pop Kena Hentam, Kilafairy Peluk Cium Blue Apa Cerita?”

“Kita tidak boleh tutup mulut orang sebab mereka tetap akan cakap apa yang mereka mahukan tapi sebnarnya semua acara dan majlis yang saya hadiri mewakili Malaysia. Setiap syarikat yang menjemput itu sendiri yang menaja”

“Sugar daddy nak selit pun dah tak ada tempat. Saya dah biasa dengan kritikan negatif dan terlalu biasa sangat sehinggakan saya hanya mampu gelak dan biarkan sahaja. Saya pejamkan mata dan telinga sahaja. Saya hanya pakai apa yang saya selesa,” katanya kepada m Star Online.

Turut terpalit dengan kontroversi memakai baju bercorak ular yang seksi baru-baru ini, Kila enggan mengulas mengenai perkara itu. Biarpun ruangan komen dibiarkan terbuka, namun Kila berkata, beliau tidak pernah membacanya.

Terdahulu Kila yang tampil berbaju ketat, bercorak ular sawa mula menarik perhatian netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilan selebriti itu yang terlalu seksi dan tidak menghormati agama Islam. (rtky/w)