fbpx

“Peluk K-Pop Kena Hentam, Kilafairy Peluk Cium Blue Apa Cerita?”

Sejak semalam nama Kilafairy menjadi perhatian ramai apabila pelakon dan penyanyi itu ada memuat naik video pertemuannya dengan kumpulan popular, Blue yang mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Video tersebut menunjukkan Kila memeluk dan mencium pipi setiap anggota kumpulan Blue itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen. Seolah tahu video yang dikongsikan itu bakal mengundang kecaman, Kila bertindak menutup ruangan komen.

BACA: Kilafairy Nafi Tweet Ditujukan Pada Nelydia Senrose

https://www.youtube.com/watch?v=0rUXJ0OcZgA&feature=youtu.be

Bagaimanapun, video tersebut dilihat sudah dipadamkan dari akaun Instagram miliknya dan yang tinggal hanya gambarnya bersama kumpulan tersebut sahaja.

Dalam pada itu, seperti sudah dijangka perkara itu menjadi bualan hangat warga media sosial. Tidak kurang juga ada yang menyindir tindakan pelakon berkenaan.

Malah ada yang membandingkan dengan kes budak perempuan yang memeluk artis K-Pop di sebuah konsert suatu ketika dahulu. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan mengapa isu seperti ini ramai yang menutup mulut dan tidak menegur tindakan pelakon tersebut.

Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Kilafairy sendiri berhubung isu tersebut. Mungkin Kilfairy terlalu teruja dan bertindak spontan apabila dapat bertemu dengan boyband kegilaan ramai remaja zaman 90-an itu.