fbpx

Kerana Tekanan Abby Abadi Masuk Ke Hospital, Cinta Atau Kewangan?

Ini hanya sekadar spekulasi, kami memang sukakan spekulasi. Seperti kami sukakan kepak ayam goreng berempah.

Sembilan jam yang lalu, rakan Abby Abadi ada menulis di laman Facebook rasmi pelakon itu menyampai berita kurang baik.

Abby Abadi telah di’masukkan ke hospital kerana mengalami stress atau tekanan yang melampau. Hospital mana tidak pula sang penulis nyatakan.

Menurut tulisan ringkas tersebut, beliau tidak dapat kongsikan apa punca di’sebalik tekanan yang Abby Abadi alami sehingga di’masukkan ke hospital — atas sebab sebab peribadi.

Kami perasan, sejak pernikahan Norman Hakim & Memey Suhaiza, Abby Abadi banyak menulis tentang keluh kesah kehidupan beliau terutamanya isu berkaitan kerjaya & kewangan.

Kami berharap punca tekanan Abby Abadi tidak bersangkut paut dengan fakta yang Norman Hakim kini kurang upaya untuk membayar hutang hantaran & wang sara hidup anak anak.

Buat pengetahuan semua, Abby Abadi admitted di sebuah hospital di KL krn teramat ‘stress’ dgn bbrape pkara yg tak dpt nk si kongsi disini. Mohon doa dr kalian semua agar Abby Abadi cepat sembuh yer.