fbpx

Pelakon Nora Danish berkata dia gembira apabila dapat bekerjasama dengan aktres, Fasha Sandha sebagai duta produk kecantikan, Inayah Beuty.

Memetik Media Hiburan, Nora berkata apa yang berlaku satu ketika dahulu serta persengketaan melibatkan bekas suaminya, dia sudah pun lupakan.

BACA: Lakon Adegan Ranjang, Fasha Sandha Sedia Diserang Netizen

“Saya rasakan segalanya ada hikmah. Allah sebaik-baik perancang. Saya dan Fasha memang jarang jumpa tapi Inayah pertemukan kita kembali.

“Saya sayang antara satu sama lain. Kita lupakan apa yang berlaku dulu. Itu semua tak penting. Yang penting kita ada anak sama-sama. Anak kami merupakan adik beradik. Jadi kami ini merupakan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia dan Nora sudah lama berbaik dan apa yang berlaku sebelum ini ketika mereka masih muda serta bersyukur kini keduanya bertemu dengan lelaki yang tepat.

“Itu merupakan zaman remaja kami. Masing-masing masih mentah dan panas. Kami bersyukur kerana pengalaman itu, masin-masing berjumpa dengan lelaki yang tepat. Kalau bukan kerana kejadian itu, kita tidak akan bertemu dengan cinta hati ketika ini,” katanya.