Melakonkan babak ranjang bersama pelakon Afieq Shazwan menerusi drama Rampas Cintaku 2, aktres Fasha Sandha berkata dia sudah bersedia dengan kata-kata dilemparkan netizen.
Memetik mStar Online, Fasha berkata dia hanya menjalankan tugasnya sebagai pelakon dalam menjayakan watak, skrip serta arahan pengarah.
BACA: Fasha Sandha Terbuka Jika Babak Ranjang Tular
“Terpulang kepada mereka, saya hanya mencorakkan skrip itu. Kita hanya buat kerja kita. Saya percaya kita buat sesuatu sebab diri sendiri dan bukannya orang lain.
“Kalau buat kerana orang lain, kita tidak akan kekal. Jadilah diri sendiri. Ini adalah kerjaya saya sejak usia 18 tahun. Saya seronok dan hanya mampu berharap penonton pandang dari sisi lain. Kalau nak pandang sisi berani Fasha Sandha, terpulang,” katanya.
Dalam pada itu, Fasha berkata kecaman tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berlakon serta tidak akan berhenti kerana ia adalah kerjaya yang dicintainya.
Tambah Fasha lagi, dia percaya bahawa setiap yang dihasilkan mempunyai mesej dan pengajaran untuk diambil serta dijadikan teladan oleh penonton.
“Ambil pengajaran daripada jalan cerita Rampas Cintaku 2. Kita jangan pandang satu sisi sahaja, pandang sisi lain juga.
“Kalau tak boleh terima, terpulang kepada mereka sebab penonton ada hak untuk menilai apa yang saya cuba sampaikan,” katanya.