fbpx

Kerana Isu Politik, Faizal Tahir Kena Gam Stesen Televisyen Popular?

Terkejut juga kami membaca beberapa laporan yang muncul pagi ini mengatakan Faizal Tahir telah di’gam oleh sebuah syarikat media besar yang memiliki kesemua stesen televisyen popular di Malaysia.

Khabarnya walaupun belum mempunyai sebarang dokumen hitam putih mengatakan Faizal Tahir sudah di’gam oleh syarikat tersebut, penyanyi itu sudah di’maklumkan secara lisan tentang perkara ini.

Sebaik sahaja perkara ini berkuatkuasa, beberapa acara yang melibatkan Faizal Tahir dengan stesen televisyen milik syarikat berkenaan khabarnya telah pun dibatalkan secara tiba-tiba.

“Some peole are just plain stupid. Some people are just plain arrogant. But the worst is when they’re both and they don’t even know it. Pity.” tulis Faizal Tahir di Twitter meluahkan perasaan beliau.

Walaupun sebab sebenar kenapa Faizal Tahir kena gam belum di’ketahui dan dapat di’sahkan, menurut sumber dalaman industri semua ini kerana kelantangan Faizal Tahir bersuara tentang isu politik negara.

Hak kebebasan bersuara terbang ke mana?