fbpx

Fatin Afeefa Didakwa Masih Keluar Dengan Suami Orang

Nampaknya Fatin Afeefa sekali lagi didakwa mengganggu suami orang dimana merupakan lelaki yang sama pernah dikaitkan dengan kontroversi terdahulu apabila isteri kepada lelaki berkenaan sekali lagi membuat pendedahan di laman Twitter menggelarkan dirinya sebagai Mag.

Dakwa wanita itu, Fatin dikatakan bakal berkahwin dengan seorang lelaki bujang yang kaya namun masih keluar bersama suaminya.

BACA: Fatin Afeefa Dedah Ukuran Pinggang Hanya 24 Inci

Malah, dakwanya lagi Fatin dikatakan mengikut suaminya bermesyuarat bersama rakan kongsi perniagaan di sebuah restoran yang menghidangkan minuman beralkohol.

Menurut wanita itu lagi, Fatin didakwa suka memutar belit sesuatu fakta dan sering berlakon sebagai mangsa kononnya dia difitnah.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tidak faham mengapa pelakon itu sering dikaitkan dengan suami orang. Tidak kurang juga ada netizen mahu video Fatin sedang mabuk ditularkan di media sosial.

Dalam pada itu, ada segelintir bertanyakan kepada wanita itu kenapa perlu bertahan jika suami sudah beberapa kali curang. Namun ada yang mengatakan bukan mudah untuk berdepan perceraian dan mungkin wanita itu mahu pertahankan rumah tangga demi anak-anak.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada kenyataan lanjut daripada Fatin berhubung dakwaan daripada wanita itu.

Tidak pasti bila agaknya kontroversi keluar bersama suami orang ini akan berakhir. Apa pun diharap Fatin dapat tampil memberikan penjelasan disebalik pendedahan ini dan perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik.