Meskipun Bukan Gadis Biasa sudah pun melabuhkan tirainya sejak seminggu lalu, namun drama tersebut masih lagi mejadi bualan hangat netizen. Mana tidaknya, drama tersebut dikecam gara-gara solekan tua dan suntingan ditahap teruk.
Meskipun dikecam, Sheila Rusly meluahkan rasa syukur drama tersebut berjaya meraih lebih 11 juta tontonan sepanjang 28 episod ditayangkan. Menurut Sheila, dia tidak menyimpan dendam kepada sesiapa yang mengecam.
BACA: Jinggo Perjelas Kenapa Tak Pilih Pelakon Lama Bawa Watak Opah
“Alhamdulillah, sudah tentu saya sentiasa bersyukur. Macam saya selalu cakap, setiap kejadian mesti ada hikmah, setiap kesedihan ada kegembiraan dan setiap kepayahan ada kesenangan.
“Walaupun orang kecam dan cakap macam-macam mengenai saya dan produksi saya, tapi saya percaya ada benda lain yang Allah nak beri. Jadi, ini (kejayaan) agaknya hikmahnya,” katanya kepada mStar Online.
Sheila turut berterima kasih kepada mereka yang mengecam dan menghina kerana disebabkan mereka Bukan Gadis Biasa menerima ganjaran hebat seperti ini.
“Malah, saya ucap terima kasih kepada mereka. Mungkin disebabkan kecaman mereka, itulah Allah naikkan darjat drama Bukan Gadis Biasa,” katanya.
Susulan sambutan luar biasa Bukan Gadis Biasa, ramai yang tertanya-tanya sama ada akan ada atau tidak sambungan drama berkenaan, bagaimanapun Sheila mengatakan tidak akan ada drama Bukan Gadis Biasa 2.
“Tidak akan ada drama Bukan Gadis Biasa 2 sebab Opah Aminah pun sudah mati. Insya-Allah selepas ini saya akan terbitkan drama yang berbeza gendre tapi tunggu PKP tamat baru akan mulakan penggambaran,” katanya.