fbpx

Jinggo Perjelas Kenapa Tak Pilih Pelakon Lama Bawa Watak Opah

Sebut sahaja Bukan Gadis Biasa, pasti tahu drama tersebut kini trending dan sedang hangat ditayangkan dikaca televisyen. Walaupun ramai yang meminati drama tersebut, namun pasti tidak terlepas dari kritikan netizen.

Jika sebelum ini menerima kritikan teknik suntingan yang disamakan dengan budak sekolah oleh netizen, kali ini ada netizen yang mempersoalkan mengapa tidak ambil pelakon lama untuk watak wanita tua dalam drama tersebut.

BACA: “Masih Belum Boleh Hadam Apa Yang Janna Nick Buat”

Terkesan dengan komen netizen itu, pengarah drama Bukan Gadis Biasa, Azman Yahya atau Jinggo tampil menjelaskan mengapa dia untuk menggunakan pelakon lebih muda untuk membawakan watak Opah Aminah itu.

Menurutnya, penonton tidak faham bagaimana cara orang industri bekerja. Katanya, keputusan untuk menggunakan efek solekan bagi watak itu telah pun dipersetujui semua mereka yang terlibat dalam menjayakan drama berkenaan.

Jinggo berkata lebih mudah untuk mengenakan solekan kepada individu yang berusia 50 tahun berbanding dengan yang berusia 80 tahun. Jelasnya lagi, pelakon berusia mungkin tidak boleh menghafal dialog yang panjang.

Tambah Jinggo, pihaknya bimbang pelakon berusia akan kepenatan memandangkan babak yang dipegang Opah Aminah bukannya sedikit dan pelakon perlu berada di set hingga lewat malam dan mungkin akan kepenatan sehingga mengganggu proses penggambaran.

Dalam pada itu, Sheila Rusly dilihat turut tampil menjawab kritikan penonton dengan mengatakan sesiapa yang tidak puas hati atau tidak suka supaya tidak menonton drama tersebut.

Diharap penjelasan Jinggo itu dapat memuaskan hati penonton yang mengkritik drama tersebut. Ada sebab mengapa Sheila Rusly dipilih sebagai Opah Aminah.