Baru- baru ini, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita mendedahkan bahawa dirinya menjadi mangsa khianat individu yang iri hati dan disihir.

Menerusi Instagram, Bonda Rozita memberitahu dia tidak menyangka ada pihak cuba membunuhnya secara halus dengan menantar enam jin ke dalam badannya.


BACA: Aliff Syukri Beli Kondo Mewah RM6 Juta Dengan Duit KWSP

Menurutnya lagi, perkara itu terbongkar apabila dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan Islam dan melakukan sesi rukyah.

View this post on Instagram

Sihir utk bunuh sy secara halus 6 jin dihantar dlm badan sy berusia 175 tahun ( pesakit xleh kontrol diri masa tu wlu zikir dm hati sbb jin tu sakit dn panas akn bersoal jawab dgn mualij) . Video full kat you tube sy Rozita ibrahim, selepas rukyah jin tu akn cakap melalui pesakit dgn mood berbeza2 ..Sy tunjuk diri sy wlu sy boleh ambik ramai testimoni sebenarnya tp xnak buka aib orang . Ahad lepas kami Test Mualij , Staf dn sy pun xtahan masa tu staf & sy x bangun sampai hari ni muntah dn kelaur darah. . Suami sy merata ubat org sampai dok Australia pun panggil ( suami sy dh x aktif mcm dulu sekadar bantu org saja ..wlupun rukyah dia sangat ramai yg suka) . Istilah ganguan frequency negative ialah ganguan makhluk halus menyebabkan . Roh sakit > ( sbb kita xjaga amal atau terlebih ketawa, khayal sedih itu x dibolehkan ) . dan roh disakiti > ( disihir atau dikuasai oleh saka keturunan , makhluk hinggap jin asyik dn sebagainya) . 2 benda berbeza antara Jasad ( nampak dr segi logik akal ) dn roh ( xnampak logik akal manusia ) ..yg kendali atau drive badan mansia ialah roh sbb tu roh perlukan makanan dn kekuatan..Ada penyakit yg blh dilihat dgn mata kasar dn penyakit yg x blh dilihat dgn mata kasar.. Al Quran menceritakan semua ttg roh dn ubat pd penyakit manusia..Kebesaran Ilmu Allah luas xtercapai dek akal jugak pun.. . nak cari testimoni utk perubatan islam mmg sy x sampai hati nk tunjuk orng punya, selama ini sgt byk bila suami sy buat rawatan xnak mengaib kan org . Ahad lepas sebenarnya adalah menguji mualij dn kebetulan sy dn qistina mmg ada gangguan benda tu kasi kesan pd kami ( bukan lakunan ya) Jadi, ini adalah salah satu kebesaran Allah bahawa roh kita patut dijaga dgn zikrullah.. bila kita terleka walau sekejap pun.. benda itu akan menghancurkan bdn.. walaupun org itu hafaz Al Quran.. imam besar sekali pun.. tetap diganggu dn disihir.. . Kalau kita lihat kpd sejarah Rasulullah SAW pun di sihir.. zaman skrg mmg modern.. tapi terlalu ramai org kembali kpd sifat jahiliah.. dengki yg sanggup merosakkan kehidupan org lain.. matikan org pun sanggup sbb x dpt dikesan dek undang2 dn polis .. . ? RUQYAH : 0132872133

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Bonda Rozita berkata lagi, dia gagal mengawal dirinya walaupun berzikir dalam hati kerana jin tersebut berasa sakit dan panas ketika soal jawab.


Turut dikongsikan rakaman video ketika sesi rukyah dijalankan dan memperlihatkan Bonda Rozita meronta-ronta ketika dirawat. Turut kedengaran semasa sesi soal jawab itu, jin tersebut mengaku dihantar untuk Bonda Rozita.

Di akhir perkongsian tersebut, Bonda Rozita turut berkata dunia semakin moden tetapi mereka yang dengki ini sanggup melakukan perbuatan syirik kerana ianya tidak dapat dikesan oleh undang-undang dan pihak polis.