Sehati Berdansa pada hemat kami adalah satu-satunya program realiti televisyen yang berjaya mempengaruhi kehidupan peserta & pengacaranya di’luar program.
Dengan kisah cinta pengacara yang tidak kesampaian dua musim berturut-turut & kisah penceraian beberapa pasangan yang turut serta — Sehati Berdansa di’katakan bakal tinggal sejarah.
Namun, sebagai manusia yang hidup penuh rasional & logik, mungkin semua itu hanya kebetulan namun khabar program kegemaran ramai ini bakal berkubur bagai 99% benar.
Astro di’katakan sedang merancang sebuah program realiti yang berkonsep serupa tetapi kali ini menampilkan orang awam sebagai peserta.
Maka akan ada nanti sesi ujibakat untuk orang ramai menyertai program Sehati Berdansa versi biasa. Kepada yang gemar menari, start your music & practice your move now.