fbpx

Kerajaan Terus Memperkasakan Syiar Islam, Turut Bantu Guru KAFA

Kesungguhan dan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memartabatkan syiar Islam terbukti dengan peruntukan yang disediakan sebanyak RM1.5 bilion dalam Belanjawan 2023.

Peruntukan itu merangkumi pelbagai inisiatif yang membuat penerima manfaat yang disasarkan senyum lebar dan menarik nafas lega atas manfaat yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Sumber : Google

Untuk maklumat, Belanjawan 2023 telah menyediakan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk kerja baik pulih

sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bukan itu sahaja, kerajaan juga menaikkan elaun bagi 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 daripada RM1,000 kepada RM1,100. Guru KAFA turut menerima sumbangan khas RM600 bersama guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja, marbut. Betul-betul tarik nafas lega bila elaun seperti ini diberikan.

Tidak terhad di situ, kerajaan turut menyalurkan RM10 juta kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera cetakan 20 ribu naskah terjemahan Al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia.

Dagi segi ekonomi dan kewangan Islam pula, bermula 2024, aset simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diasingkan sepsenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah.

Simpanan syariah KWSP telah diperkenalkan sejak tahun 2017. Pada masa itu, aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.

Kerajaan juga akan mewujudkan Wakaf MADANI dengan aset bernilai lebih RM1 bilion terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan dan pendidikan akan dioptimumkan.

Menurut Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, aset ini akan dioptimumkan untuk memberi manfaat kepada golongan miskin, berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan.

Sehubungan itu, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Nasional Tanah Wakaf dengan objektif wakaf akan menyumbang 20 peratus pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030.

“Bagi memastikan objektif keseriusan kerajaan, saya sendiri akan mempengerusikan Jawatankuasa Nasional ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan kali ini betul-betul membuatkan beberapa golongan sasar menikmati elaun dan bantuan yang memberikan keselesaan dan mengurangkan beban mereka menghadapi cabaran kos sara hidup kini.

Bagi anda yang ingin tahun lebih lanjut apa yang sepatutnya anda dapat dan apa yang akan diberikan oleh Kerajaan Perpaduan di bawah Belanjawan 2023, jangan lupa KLIK DI SINI.