fbpx

“Kerajaan Tak Gagal, Yang Gagal Kita Kot!”

Saban hari, kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan mendadak dan hari ini merupakan yang tertinggi dimana sebanyak 11,618 kes dicatatkan.

Perkara itu membuatkan rakyat kecewa apatah lagi sudah hampir dua bulan duduk di rumah. Dalam satu perkongsian pelakon Datuk Fizz Fairuz seolah memerli kerajaan yang gagal membendung kes harian wabak Covid-19.

BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Nak Bantu Beli Produk Makanan Artis Yang Terjejas

Menerusi entri tersebut, Fiz turut meminta semua berhati-hati terutama buat penduduk Selangor yang mencatatkan kes harian tinggi sekaligus mencetuskan kebimbangan.

Difahamkan, dalam satu perkongsian sebelum ini, Fizz ada bertanyakan kepada pengikutnya meminta mereka meneka berapa jumlah kes yang akan dicatatkan hari ini.

Perkongsian Fizz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataannya secara sarkastik mengatakan bahawa ‘kerajaan’ tidak gagal sebaliknya rakyat.