fbpx

Kenyataan Maaf Rotikaya Untuk Melia Aimelia Secara Terbuka

Isu antara pihak Rotikaya.com dan Melia Aimelia telah menjadi salah satu berita utama untuk beberapa minggu yang lalu & kami rasakan perlu ada jalan penyelesaian.

Kami sendiri tidak mahu perkara ini berlanjutan & menjadi sesuatu yang negatif dalam industri kita yang tidak sebesar mana ini.

Entri ini di’tulis khas sebagai satu permohonan maaf kami secara terbuka dan ikhlas buat Melia Aimelia & keluarga beliau.

Kami, warga kerja dan pegurusan Rotikaya Entertainment dengan ini memohon maaf kepada empunya diri, Melia Aimelia, ibu bapa dan adik beradik beliau juga saudara mara yang terpalit kesan negatif perbuatan kami menulis satu artikel berbunyi Gambar: Melia Aimelia Pelakon Video Lucah Ini Atau Pelanduk Dua Serupa?.

Kami berbesar hati & berharap pihak Melia Aimelia akan memaafkan kami atas apa yang terjadi dan semoga kita boleh bekerjasama di’masa hadapan untuk memeriahkan & meningkatkan industri hiburan Malaysia. Terima kasih.