Beberapa hari lalu, kami ada menyiarkan petikan kenyataan Hans Isaac yang di’temui pihak media berkata beliau kini sedang mengenal hati budi Neelofa.

Soalan berkaitan hubungan bersama Neelofa di’lontarkan wartawan ketika pra tonton Misteri Jalan Lama tempoh hari dan jawapan Hans Isaac menjadi topik perbualan.

Wartawan kami hari ini sempat bertemu Neelofa di Cyberjaya untuk mendapatkan kenyataan balas dan gadis ini nampak terkejut apabila di’ajukan kenyataan dari Hans Isaac.

“Kalau dia (Hans Isaac) berkata mengenal hati budi sebagai kawan, ya saya akui kenyataan itu dan saya tidak pernah menganggap hubungan professional kami lebih dari sekadar kawan,” ujar Neelofa.

Turut menjawab isu gossip mempunyai hubungan dengan seorang VIP, Neelofa lantas menjawab,”Saya macam orang lain yang jalankan perniagaan, mesti ada bertemu VIP untuk urusan perniagaan — tidak lebih dari itu.”