fbpx

Kenny G Fail Penceraian Selepas 20 Tahun Berkahwin, Berpisah Tujuh Bulan

Pemuzik jazz & pemain saksofon terkenal, Kenny G telah memfailkan permohonan cerai terhadap isteri’nya selama 20 tahun selepas tujuh bulan berpisah.

Pemuzik berusia 56 tahun & memiliki nama sebenar Kenneth Bruce Gorelick khabarnya memfailkan penceraian pada 9 Ogos lalu atas alasan sudah tidak sehaluan.

Isteri beliau, Balynda Helene Benson-Gorelick telah memfailkan tuntutan untuk berpisah secara rasmi pada Januari lalu & menuntut hak penjagaan penuh anak mereka.

Manakala Kenny G melalui permohonan cerai Khamis lalu telah menuntut hak penjagaan sama rata terhadap anak lelaki tunggal mereka yang kini berusia 14 tahun, Noah. – People