Janna Nick Masih Jalani Rawatan Dengan Pakar Sakit Jiwa
Sebelum ini, Janna Nick mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap penyakit bipolar. Terbaru, Janna berkata dia masih lagi menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa.
Menurut Janna, dia akan berjumpa dengan doktor pakar sakit jiwa setiap minggu untuk mendapatkan rawatan berhubung masalah tersebut.
BACA: Janna Nick Hidap Bipolar, Dua Kali Cuba Bunuh Diri
“Saya masih menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa dan akan berjumpa dengan doktor pada setiap minggu. Alhamdulillah, keadaan saya baik kerana sekarang berada di bawah pengambilan ubat-ubatan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Janna berkata dia ada mengambil ubat-ubatan namun berdepan kesukaran ketika bekerja keran kesan ubat tersebut membuatkan dia rasa mengantuk dan tenang.
“Ada sedikit kesukaran kerana ubat tersebut tidak sesuai diambil ketika saya sedang bekerja. Kesannya akan membuatkan saya tenang dan berasa mengantuk. Sebab itu sudah tiga kali saya tukar ubat,” katanya.
Ditanya mengenai penerimaan keluarganya dengan keadannya itu, Janna berkata ibunya akui terkejut. Namun dia memberi penerangan kepada keluarga mengenai masalah yang dilaluinya.
“Jujurnya keluarga memang terkejut. Mereka tidak jangka pendedahan tersebut. Tapi sebenarnya keluarga tahu tentang beberapa cubaan saya untuk membunuh diri suatu ketika dahulu,” ujarnya.
Terdahulu, Janna mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar serta mengaku pernah dua kali cuba membunuh diri ketika di usia remaja.
- SUMBER
- Kosmo!
Dah le pi buat treatmnt, x perlu berhebah pasal suicidal ini mcm normalizing it mcm style artis kpop . Kau pi bg tahu hebahkan kat mass media ada kah bagus utk masyarakat? Aku ingat suicidal masa skrg, rupanya masa kecik2 dh pikir nak suicide, apa tak belajar agama ke. Sebagai muslim, kita cuba untuk mngelakkan buat perkara begitu kerana ia adalah pengakhiran yg amat bahaya sbb kita nak mati dlm iman. Bincang dgn your psikiatrist dan stay out of medsos. Aku doakan kau sembuh.
Org sibuk pkp, covid 19, ct tak ikut sop, lopak menilai karpet, ko sibok dgn cerita masalah mental ko tak abis2. Dah tengah treatment tu sambung je la sampai baik. Takyah la ulang2 citer benda sama mcm mental ko sorang je yg penting. orang lain ada jugak masalah masing2, ada yg lg teruk lg trauma dr mental kau. Deal with it je lah! Semak la. Muak tau tak.
Ruqiah kan aje.. ajak lopak gan toti sekali..
Kesian betina atas ni. Takut betul abg kacau baca komen betina betina Melayu ni.
Takyah la judge sgt…kdg2 bila kita menaip dibelakang ni kita lupa yg dikutuk tu manusia, jgn jadi catastrophe kerana mulut2 puaka…Semoga lekas sembuh Janna…sayang ada bakat cuba slow down diri especially media social kdg2 bila yg diharapkan support tapi dpt kutukan…
tak perlu kutuk dia doakan saja
inilah akibat penderaan waktu kecil.
doa yg baik tidak rugi pun.
dia tidak ambil suami org, duit org, tidak langgar SOP dia hanya jumpa doktor untuk perbaiki diri. doktor psikitrik pun ramai Islam pegawai kaunseling pun ramai Islam
Tengok perangai artis pun kami boleh sakit jiwa !!!!!!!
Note : kalau perkara betul , bukan kutuk namanya .
@doabaik2
Dia kne abuse dgn siapa?
Kalau dah sembuh, cuba jauhkan diri dari media social a little bit. Bukan apa, the more u busy with media social, the more tendency u akan terbuat salah lg, talking rubbish in media social. Then kena ambush lagi. Then dtg balik stress and bipolar. And the cycle keep on running… Post 2 kali sebulan cukup. Make urself exclusive. Mcm scha.
Sorry Jannah, kau tu biadab. Attitude tak berapa. Sebab tu bila kau sakit jiwa ke, sakit mental ke, depresi ke. TETAP KENA KECAM! Sebab sikap kau tu yg banyak buat netizen menyampah.
Masa kekwat dengan netizen lupa, masa netizen dah padan muka kan kau, kenapa marah?
Nana Jick, toksah lah wawarkan keaiban diri sendiri kalulah ia benar2 berlaku pd diri ko. Jgn main2 kpd perkara buruk dia mcm doa.