fbpx

“Kenapa Selangor Caj RM350 Sedangkan PIKAS Beri Vaksin Percuma?”

Menjadi persoalan di fikiran ramai rakyat ketika ini kenapa kerajaan Selangor menerusi Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) mengenakan bayaran antara RM300 sehingga RM400 untuk seorang pekerja industri mengambil vaksin Covid-19.

Sedangkan menerusi program yang sama oleh kerajaan pusat, Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) tidak memerlukan kos tambahan yang banyak untuk pekerja industri.

BACA: Kerajaan Selangor Caj RM350 Untuk Dapatkan Vaksin COVID-19?

Wakil kerajaan Selangor dalam satu kenyataan kepada media mengatakan kos tersebut perlu dibayar kerana kerajaan Selangor perlu membayar kos 2.5 juta dos vaksin yang ditempah daripada Pharmaniaga.

Ramai mempersoalkan bukankah menjadi tangungjawab kerajaan Selangor untuk memastikan bekalan vaksin yang diberikan adalah percuma untuk pekerja industri yang merupakan rakyat yang menetap dan bekerja di Selangor.

Ada juga antara mereka yang mempersoalkan kenapa tidak kerajaan Selangor bekerjasama dengan kerajaan pusat melalui PIKAS yang nyata merendahkan kos vaksin — selain memudahkan urusan pendaftaran dan penerimaan vaksin.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Kanan berkata, setakat ini sebanyak 49 PPV PIKAS dan 25 kemudahan PPV di kawasan industri telah didirikan di Selangor, Pulau Pinang, Sarawak dan Johor.

“Kita akan buat penambahan PPV PIKAS sekiranya ada keperluan. Sebelum ini kita sudah mempunyai unjuran bilangan sendiri mengikut keperluan sesebuah negeri, namun jika ada keperluan untuk tambah lagi, kita akan siapkan,” ujarnya.

Mohamed Azmin berkata, setiap vaksin yang ditawarkan kepada pekerja industri melalui PIKAS adalah percuma termasuk pekerja warga asing yang bekerja di negara ini.