fbpx

Kerajaan Selangor sengaja lambatkan proses Vaksinasi Selangor untuk buat duit? Kalau betul desas-desus yang tular sekarang ini adalah sangat tidak adil untuk rakyat semua.

Kerajaan Negeri Selangor ada mendakwa bekalan vaksin tidak mencukupi. Hal ini didakwa sendiri oleh seorang Exconya, Dr Siti Kamariah Mahmud yang mana sekarang ini timbul persoalan apabila tular dakwaan aktiviti menjual vaksin kepada pekerja dan majikan di negeri tersebut.

Mungkin ramai yang pelik kenapa kadar vaksinasi di Selangor lambat. Adakah cubaan Exconya cuba menyalahkan Kerajaan Persekutuan dengan mengatakan vaksin di Selangor tidak cukup? Padahal data jelas menunjukkan vaksin adalah mencukupi.

Keluar pula berita Kerajaan Selangor ingin membeli vaksin sendiri, padahal yang Kerajaan Persekutuan beli adalah cukup dan melebihi keperluan dalam negara.

Jadi dimanakah silapnya sehingga begitu lambat proses vaksin Selangor?

Sebelum ini, pentadbiran kerajaan PKR tersebut ada mengumumkan membuka pendaftaran kepada syarikat yang berminat untuk mendapatkan vaksin untuk pekerja mereka melalui aplikasi SElangkah.

Jika anda perasan, ada pula beberapa netizen telah menaikkan posting yang mereka telah divaksinkan, dengan bayaran RM350 menerusi aplikasi Selangkah Kerajaan Selangor.

Tular dalam media sosial ketika ini yang menyatakan mereka menerima vaksin dimohon menerusi aplikasi tersebut untuk membayar sebanyak RM350 untuk mengambil suntikan vaksinasi.

Seorang individu tersebut memuat naik gambar atas platform Facebook menerima suntikan vaksin jenis Sinovac di pusat pemberian vaksin (PPV) yang dikendalikan oleh SElangkah di Evomall, Bangi dengan status menggalakkan orang ramai untuk mengambil vaksin menerusi aplikasi tersebut.

Nampak gayanya seakan Kerajaan Selangor mahu membuat program vaksinasi tersendiri, dan caj RM350 bagi setiap individu.

Kalaulah benar seperti yang individu tersebut katakan, betul untung banyak lah kalau macam tu. Kerajaan Persekutuan bagi free pada rakyat, mustahil kerajaan Selangor caj rakyat?

Harap-harap apa yang individu post dan cerita tu tak betul lah yer. Tapi kalau betul lah apa yang diwarwarkan, memang tak adil untuk rakyat.

Sumber: Agenda Daily