fbpx

“Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” – Didi Astillah

Selepas lama berdiam diri, pelakon sensasi Ruhainies akhirnya tampil secara terbuka memohon maaf kepada Bella Astillah di program Melodi hari ini.

Permohonan maaf Ruhainies itu mendapat perhatian adik kepada Bella iaitu pelakon Didi Astillah yang tampil membelas kakaknya itu. Didi berkata mengapa sekarang baru memohon maaf kenaoa tidak ketika kes khalwat berlaku.

BACA: “Saya Minta Maaf, Saya Nak Berdamai, Nak Bahagia”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didi Astillah (@didiangelastillah)

“Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa kes khalwat? Dah lah kau fitnah sini sana. Diorang ni lupa tau hujung2 kebenaran tu akan berpihak pada orang baik,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Didi turut menyenaraikan perkara fitnah yang dilemparkan kakaknya serta menggelarkan Bella ‘Babi’ serta merancang untuk menjatuhkan kakaknya.

Dalam pada itu, Didi mendakwa Ruhainies mahu berdamai selepas mesej perbualannya dengan Aliff Aziz tular apabila didedahkan oleh kekasih aktor itu, Sarah Yasmine beberapa hari lalu.