fbpx

“Saya Minta Maaf, Saya Nak Berdamai, Nak Bahagia”

Pelakon sensasi, Ruhainies berkata dia mahu meletakkan titik noktah dengan apa yang berlaku serta berdamai dengan Bella Astillah dan pihak-pihak yang terlibat.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Menerusi temu bual bersama Melodi, Ruhainies berkata dia sedia bersemuka dengan Bella dan menyelesaikan masalah berlaku. Ruhainies akui dia juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

BACA: Netizen Nasihat Bella Astillah Jangan Jumpa Ruhainies

“Saya nak berdamai, terutamanya kepada Bella. Saya tak nak ada apa-apa sengketa dengan Bella, dengan siapa-siapa pun. Saya ingin meminta maaf secara terbuka dan kepada semua yang terbabit dalam isu ini.

“Saya juga bersedia untuk berjumpa dengan Bella, sama-sama selesaikan masalah ini. Saya tak nak bercerita untuk menegakkan benang yang basah walaupun ada cerita di sebaliknya.

“Saya perlu letakkan titik noktah. Saya nak teruskan kehidupan. Saya pun manusia biasa, tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Saya benar-benar minta maaf, saya tak nak benda ini jadi panjang. Saya nak berdamai, nak bahagia. Saya nak semua orang pun bahagia juga,” katanya

Menurut Ruhainies dia cuba menghubungi Bella  namun gagal dihubungi. Katanya lagi, memang berniat untuk tampil selesaikan masalah tersebut namun menunggu masa yang sesuai apatah lagi isu itu terlalu panas.

“Isu ini bukan isu yang kecil dah. Ia dah dua bulan. Alasan kenapa baru sekarang saya nak tampil bukan sebab saya risau mengenai apa-apa. Saya memang berniat untuk tampil dah lama, tapi, saya menunggu masa yang sesuai.

“Isu ini terlalu panas. Saya tak mahu apa-apa kenyataan yang keluar dari mulut saya, dimanipulasikan dan disalahfahamkan. Semasa situasi itu berlaku, saya masih dalam keadaan terkejut. Kali pertama berlaku di dalam kehidupan saya, itu satu bintik hitam yang saya tak dapat nak lupakan sampai bila-bila. Saya trauma.

“Beberapa hari selepas itu, saya ada menghubungi Bella. Saya mesej dia, tapi tak sampai sebab ada satu ‘tick’. Saya pun tak nak mendesak. Saya faham, situasi itu. Dia marah. Takkanlah saya nak terus paksa dia. Saya ada hubungi dia juga, tapi, tentulah dia tak nak jawab.

“Semua orang, masing-masing dalam keadaan beremosi. Termasuk juga saya. Apa-apa sahaja bukti yang saya ada sekalipun, saya takkan muat naik di mana-mana. Sebab, takkan ada pengakhiran.

“Saya memikirkan mengenai orang ada keluarga, orang ada anak. Banyak hati nak kena jaga. Saya tahu bagaimana rasanya apabila diaibkan. Saya memang takkan buat begitu,” katanya.

SUMBER: Harian Metro