fbpx

“Kenapa Saya Asyik Dilihat Jahat?”

Sebut sahaja nama Zarina Anjoulie, pelakon sensasi itu sering dikaitkan dengan kisah negatif dan kontroversi sepanjang berada dalam industri seni.

Muncul semula menerusi filem Hantu Kuat Ketawa sekaligus membuktikan lakonannya masih berbisa meskipun sudah lama tidak berlakon.

BACA: Zarina Anjoulie Idam Bawa Watak Ustazah

“Jika ikutkan dapat sahaja tawaran lakonan diterima, selama ini. Dahulu, saya berlakon sebab ada banyak masa, namun, sekarang berbeza, apatah lagi, usia bukan makin muda.

“Saya terima sebab meminati Mawi sejak zaman Akademi Fantasia musim ketiga. Secara kebetulan, saya menonton filem pertama arahannya, Tiada Tajuk. Siapa sangka, saya terima mesej langsung dalam Instagram (IG) menawarkan tawaran berlakon filem Hantu Kuat Ketawa,” katanya.

Tidak pernah bangga dengan kesilapan dan kontroversi terpalit dirinya, namun dia percaya bahawa rezeki itu adalah dari Allah. Katanya lagi, apa yang penting baginya adalah menjalankan kerja dengan amanah dan sebaik mungkin.

“Saya jenis bukan sembang lebih. Saya tunjukkan kualiti kerja seperti buat rebiu dalam IG. Pelanggan datang balik kerana tahu cara dan kualiti kerja saya.

“Inilah rezeki dari Allah. Namun, sebagai manusia, saya bekerja dengan bagus, amanah, teliti dan sebagainya. Daripada situ, orang mempercayai nilai kerja saya.

“Jadi, saya tidak takut tanggapan orang. Saya juga tak pernah terfikir pengarah atau penerbit takut nak tawar saya berlakon sebab kontroversi. Namun, kini, lakonan bukan lagu keutamaan. Dahulu, memang betul,” katanya.

Mengulas mengenai isu rumah tangganya, Zarina berkata selama ini dia tidak pernah bercakap apa-apa sebaliknya hanya menegakkan kebenaran namun sering dilihat jahat.

“Saya tertarik nak ulas isu rumah tangga bukan sebab nak cetuskan kontroversi. Ikutkan selama berkahwin, saya tak pernah cakap apa-apa. Saya tutup aib bekas suami, namun, dia malukan saya. Dia ceraikan saya dalam IG Story.

“Saya diam sahaja selama ini, tetapi, kenapa saya dilihat jahat. Disebabkan kontroversi, siapa nak percaya saya. Namun, saya bangkit menegakkan kebenaran,” katanya,