fbpx

Zarina Anjoulie Idam Bawa Watak Ustazah

Pelakon sensasi Zarina Anjoulie berkata jika diberikan peluang atau pun ditawar berlakon, dia teringin untuk membawakan watak seorang ustazah.

Menurut Zarina, dia mahu mengelak stereotaip dan dia pasti bahawa penonton pasti teruja untuk melihatnya membawa watak lain daripada yang lain.

BACA: Zarina Anjoulie Sound Balik Netizen Tegur Haram Buat Sedut Lemak

“Kalau ditanya watak yang ingin saya bawakan, sebenarnya saya mengidamkan nak bawa watak seorang ustazah. Bagi saya ia sesuatu yang cukup menarik dan pasti penonton juga teruja nak tengok saya bawa watak sedemikian.

“Kalau kebanyakan pelakon wanita mahukan watak yang perlu tampil cantik atau anak orang kaya, apa salahnya saya cuba tampilkan kelainan dengan watak sebegini,” katanya.

Membintangi filem Hantu Kuat Ketawa arahan Mawi yang bakal ditayangkan di Astro First pada 27 Januari ini, Zarina mengakui banyak menerima tawaran berlakon namun terpaksa menolak atas sebab tertentu.

“Memang dah lama saya tak berlakon dan banyak tawaran yang saya tolak kerana tidak boleh jauh dengan anak.

“Sedangkan kebanyakan penggambaran perlu dilakukan di luar Kuala Lumpur dan Nilai. Namun, saya sedia mempertimbangkan sebarang tawaran sekiranya ada,” katanya.