Mengakui dirinya kini tenang dan aman berada di Indonesia, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli meluahkan rasa hairan mengapa orang Malaysia kejam terhadap dirinya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Iqbal meluahkan rasa syukur dengan sokongan diterimanya di negara seberang berbanding di negara kelahirannya.
BACA: Iqbal Zulkifli Nak Kenal Rossa Dengan Lebih Dalam
View this post on Instagram
“Mengapa masih ramai orang Malaysia yang kejam dengan saya? Tidakkah ada sedikit rasa belas kasihan, di Indonesia saya aman.
“Saya amat bersyukur jika ada sokongan kerana ketika ini saya perlukan semangat yang telah hilang. Saya tidak pernah berada dalam situasi ini,” luahnya.
Kata Iqbal lagi, apa yang dipaparkan kepada umum hanyalah cerita luaran dan bukanlah realiti sebenar yang dihadapinya selama ini.
“Apa yang anda lihat hanyalah cerita luaran. Saya juga telah mengakui kesilapan sebelum ini, terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang tidak henti-henti memberi semangat walaupun saya tahu bukan mudah,” katanya.
Dalam entri tersebut, Iqbal turut memuat naik videonya menyanyikan sebuah lagu milik Datuk Seri Rossa berjudul Untuk Apa Bertahan bersama penyanyi Indonesia, Azzahra Banilia.
Terdahulu, Iqbal membawa diri ke Indonesia dan ada kemungkinan mahu berhijrah ke negara seberang itu untuk merawat hati.