fbpx

“Kenapa Ramai Masih Tanya Soal Putus Tunang?”

Biarpun sudah lama putus tunang, Sufian Suhaimi masih tidak faham mengapa sesetengah orang masih bertanyakan tentang kisah pertunangannya yang putus dengan Elfira Loy awal tahun lalu.

BACA: Sufian Suhaimi Hidup Tenang Tanpa Cinta

“Saya tidak faham kenapa ada pihak yang akan terus ajukan soalan tentang kisah putus tunang. Sedangkan saya sendiri sudah move on dan mempunyai banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian”

Jelas Sufian, beliau tidak mahu dilihat masih mengenangkan peristiwa itu apabila orang kerap bertanyakan soal tersebut. Malah Sufian juga mengakui kini sibuk dengan rutin harian seperti biasa.

“Jujurnya, perkara itu sudah selesai dengan pihak perempuan, namun apabila ada segelintir pihak yang masih bercakap mengenainya, ia nampak seolah-olah saya masih berada di situ sedangkan semuanya sudah selesai,” jelasnya.

Terdahulu, konflik pertunangan Sufian dan Elfira kecoh apabila campur tangan dari pihak keluarga Elfira yang memberikan kenyataan ‘panas’. Namun pasangan itu sah putus tunang akhirnya pada awal tahun ini. (rtky/w)