fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang berkunjung ke rumah balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah dan dikatakan bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya.

Lebih mengundang kemarahan netizen apabila adik kepada arwah Abam iaitu Ali Puteh menghina kakak iparnya serta mengelarnya binatang. Bagaimanapun, posting tersebut sudah pun dipadamkan.

BACA: “Kenapa Macam Nak Gaduh, Saya Hanya Beri Bantuan Duit”

Bagaimanapun, temubual yang dilakukan oleh Aliff itu mengejutkan ramai pihak apabila Hidayah mendedahkan kereta milik Abam ditarik oleh pihak keluarga Abam dan telefon bimbit serta duit peninggalan arwah turut diambil.

Susulan pendedahan itu, ramai yang memuji Aliff kerana jika bukan kerana beliau pasti ramai yang tidak tahu apa yang terjadi pada anak dan isteri arwah Abam selepas pemergiannya.

Meskipun ramai yang memujinya, namun ada yang tetap tidak menyokong tindakan Aliff itu yang seolah tidak sensitif dengan soalan yang diajukan. Malah ada yang mendakwa Aliff memecah belahkan keluarga arwah Abam.

Dalam pada itu, ramai yang mengatakan bagus juga ada orang seperti Aliff kerana sebelum ini telah membongkar mengenai Puteri Balqis yang menyatakan hasratnya untuk melabur dalam pasaran Forex dengan wang sumbangan yang diterima.

Setakat ini, masih tiada kenyataan lanjut daripada pihak Ali Puteh susulan statusnya yang menghina balu arwah abangnya. Apa pun diharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik.