fbpx

“Kenapa Bayar Murah Untuk Pelakon Senior?”

Bukan tidak bersyukur, tetapi Jalil Hamid terkilan dengan sesetengah syarikat produksi yang memberi bayaran murah kepada pelakon senior sedangkan sanggup berhabis puluhan ribu untuk bakat baru kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman sosial.

BACA: “Menang Anugerah Bukan Boleh Buat Batu Nisan”

“Sudah tiga, empat kali saya diaju tawaran dengan bayaran tidak setimpal. Kerja kami kadang kala berbelas jam sehari. Kudrat dan kesungguhan diberi lebih daripada 100 peratus. Kenapa mesti ada diskriminasi terhadap pelakon lama?

“Bukan kita tak boleh bertolak ansur, tetapi fikirlah kami juga cari makan. Mahu ke lokasi perlu isi minyak, bayar tol dan sebagainya. Jangan tindas kamibegini. Kalau berdiam kita diperkotak-katik, tetapi apabila bersuara kita dicop cerewet”

“Sampai ada pihak berpakat, jangan ambil pelakon yang berani bersuara. Luahan ini juga buat teman seperjuangan lain yang menerima nasib sama. Selepas terbabit dalam sebuah drama sempena hari raya, sampai sekarang saya tidak dapat tawaran berlakon.

Lebih menyedihkan harga tersebut diberikan untuk Jalil sebagai watak utama, sedangkan banyak perbelanjaan perlu ditanggung seperti anak istemewanya yang memakai lampin pakai buang dan tidak mampu menguruskan diri.

“Usianya sudah mencecah 33 tahun, namun tidak mampu menguruskan diri sendiri dan perlu memakai lampin pakai buang. Saya tidak sesekali mahu menagih simpati kerana saya masih mampu bekerja. Takkan saya mahu meminta sedekah,” luahnya. (rtky/w)