fbpx

Umum mengetahui, penyanyi Shila Amzah telah pun mengikat tali pertunangan bersama kekasih hatinya, pempengaruh media sosial, Ubai pada Mei lalu.

Malah, para peminat tahu pasangan itu sering melakukan siaran langsung bersama-sama. Baru-baru ini, ketika sesi live, pasangan itu bersembang mengenai kursus kahwin.

BACA: Lamar Shila Amzah Di Taman Tema, Netizen Tak Sangka Ubai Romantik

Ketika itu, Shila mempersoalkan mengapa Ubai sudah mengambil kursus kahwin sedangkan ketika itu tiada niat untuk berkahwin.

Malah, Shila turut menjelaskan bahawa ibu tunggal tidak perlu pergi kursus kahwin sekali lagi jika mahu berkahwin kerana sudah tahu hal-hal yang sepatutnya ada dan tidak perlu ada.

“Untuk apa orang yang pernah kahwin pergi kursus kahwin lagi, sebab dia dah tahu dah dalam perkahwinan tu perlu ada apa dan bila dia keluar dari perkahwinan itu dia dah tahu apa yang kena ada dan yang tak perlu ada,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Ubai menjadi perhatian apabila seakan memerli namun tidak menyatakan nama mana-mana pihak.

“Habis tu, kenapa ada sorang laki tu, dah pergi kursus kahwin, tak tahu beranak pulak, mangkuk hayun nafkah tak bagi apa semua, apa masalah dia?”

“Tak, saya ada kenal sorang, tu maksudnya waktu kursus dia tido yer? ataupun waktu kursus tu dia pergi tak faham bahasa melayu? dia cari yang english”,”kataUbai