Lamar Shila Amzah Di Taman Tema, Netizen Tak Sangka Ubai Romantik
Umum mengetahui, penyanyi Shila Amzah selamat mengikat tali pertunangan bersama influencer, Ubai pada 27 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Baru-baru ini, Ubai dilihat ada memuat naik video di aplikasi TikTok miliknya memaparkan dia melamar Shila untuk menjadi bakal isterinya di sebuah taman tema, Sunway Lagoon.
BACA: Ubai Tertekan Soal Kewangan, Shila Amzah Utamakan Nafkah Wajib & Insurans
Menerusi video itu, Ubai melamar Shila dengan membuat kejutan memaparkan ‘banner’ yang tertulis di belakangnya ‘sudikah awak berkahwin dengan saya’.
@ubaimz7 The day she said YES?? #ubaimz #sheilaamzah #shilaamzah #fyp #fyp? #fypage #foryou #foryoupage #fypage
Riak wajah Shila dilihat sangat terkejut dengan kejutan yang dibuat oleh kekasihnya itu serta bersetuju dengan lamaran berkenaan.
Perkongsian Ubai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira dengan kejutan dibuat untuk Shila itu.
Malah, ramai yang sebak dan menangis melihat cara Ubai menghargai Shila meskipun perbezaan usia mereka yang ketara. Malah, ada netizen mengatakan mereka tidak sangka Ubai seorang yang romantik serta memuji Shila dilihat sangat bahagia kerana bertemu lelaki yang tepat.
Muka tak berapa so kena la berduit dan romantik
mesti duit sha bayar semua ni. LOL
tapi kata Ubai xdak duit kaya mcm ko shila?? so ni ko bg duit ke?
MUAHAHAHAHA poyoo nie semua duit hakak! Hadek cuma mnjln kn tugas jurr! Bahahaaha
Bukannya melamar anak dara … Mak janda jer pun… Beria ria benor…
ditaja tu.. okla.. mana kuar duit.