Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan
Perkenalan melalui laman sosial Instagram selama 4 bulan lepas telah melahirkan rasa bibit-bibit cinta antara pelakon muda Erin Malek dan kekasih barunya, Farriz Fauzi.
Bertemu pelakon manis, ini semasa tayangan filem terbarunya berjudul Awak Nak Kahwin Dengan Saya? terbitan MIG telah merungkaikan segala persoalan yang ditimbulkan mengenai status hubungannya kini yang menjadi perhatian ramai.
“Sebenarnya saya sudah mengenalinya terlebih dahulu sebelum kami mula rapat di Instagram. Cuma ketika itu hanyalah sebuah perkenalan biasa dan tak sangka apabila selepas beberapa kali berjumpa saya dan dia semakin serius dalam hubungan ini,” katanya memulakan bicara.
“Saya berkongsi cerita ini kepada peminat-peminat dan orang ramai kerana saya tidak mahu timbulnya fitnah di kemudian hari nanti. Lebih-lebih lagi apabila saya dan dia kerap keluar bersama dan sekiranya peminat terserempak, mereka sudah tahu itu adalah kekasih saya”
Selain bersikap terbuka dengan hubungan cinta yang terjalin kini, Erin Malek juga mengakui yang kekasihnya itu sudah melamar dirinya dan mereka berdua merancang untuk mengikat tali pertunangan tidak lama lagi.
“Kita semua tahu bertunang itu adalah untuk mengikat antara satu sama lain. Jadi, gementar itu memang ada sebab dah tahu kita bakal nak jadi isteri orang. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, namun ia bukan menjadi masalah kerana kami berdua dah ada niat nak berkahwin”
“Lagipun, Erin tak nak orang kutuk dan cakap negatif pasal hubungan kami kerana takut itu akan jadi macam satu doa,” jelas Erin Malek lagi yang turut menafikan kekasihnya yang bergelar ahli perniagaan itu merupakan seorang jutawan dan jatuh cinta kerana wang ringgit.
“Saya kenal dia bukan sebab duit. Pada awal perkenalan kami, saya tak tahu pun yang dia anak jutawan, Tan Sri atau sebagainya kerana keluarga mereka sangat merendah diri. Farriz mempunyai perniagaan sendiri dan dia sangat rajin bekerja,” ujarnya. (rtky/hfz)
see? taste mesti tinggi nokss
kalau bukan anak orang kaya ko pon tanak dik non oi…..retis lah namanya…
alahai, tak yah lah mention pasal harta ke duit ke anak jutawan ke perniagaan sendiri ke ape. family de ko kate low profile, tp ko pulak yg lebih2 nak bgtau sume org. ape dahhh…
Muka boyfriend mcm shah hazell nutt jelly
Muke pak we dia mcm shahz jaszle la.
BF dia anak Mohd Fauzi (MOFAZ). adik Fairuz Fauzi yg jadi pelumba simpanan F1 dulu2 tu.. bisnes kencang, anak orang kaya tak mustahil laaa…
bestnye dpt anak org kaya..hidup pun senang…ermmmmm..kan best kalau muka aku pun cntik jelita….
Hek eleh….minah ni..nk tunang ke kawin ke…lantakla…da gatal n miang le tu..owg umur mcm ni g la sambung blajr…agaknye…sbb balaknye ade rupe artis yg sowg ag tu kot…tu yg x sabar da…jgn perangai balaknye ni sebiji ngan pelakon laki tu sudahle……ye
shah hazell nutt jelly tu bkn bercinta ngan Miera liyana ke?confius la…
Rendah diri = beritahu bf anak orang kaya, bla bla bla.
Positive side, baguslah untuk kahwin. Elak maksiat.
Alahaiii. org tu nak kawen pon korg kutuk. kang duk bekepit jeee korg kutuk jgkk. ape biol laa korg niiii..
kenal fariz ni personally.. mmg sgt baik org nyer.. bertuah erin..
eh die dah putus dgn ex die yg selalu post kt keek tu ke ?? lahhh
BAguS lAh kAlaU nk tuNaNg.. seMoga bhAgia
akk doakan yg terbaik utk erin..coz akak minat sgt kat awk..sweet n cute!!