Penyanyi yang berjaya merangkul tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi lagu berjudul Tergantung Sepi, Haqiem Rusli sedikit terkilan apabila rakan-rakan seperjuangannya atau boleh digelar sebagai ‘budak budak baru nak up’ menjadi mangsa kecaman ramai.

Bagaimanapun, dengan kemenangannya mendapat tempat ketiga di AJL32 telah sedikit sebanyak membantu menyelamatkan rakan-rakannya yang lain daripada terus dikecam.


BACA: Jampi Nyanyian Hael Husaini Juara AJL 32

“Saya menyelamatkan mereka sebagai penyanyi-penyanyi baru ini. Saya kecewalah bila netizen kutuk semua ni. Sebab saya back-up budak baru macam Aiman Tino, Hassad Motawh semua tu sebab mereka (netizen) tidak pandai jaga hati, kutuk-kutuk”

“Bagi saya benda tu tak patut, dan tak baguslah. Kalau lagu macam Aiman Tino tu cuba suruh orang lain nyanyi takkan sesedap Aiman Tino, begitu juga dengan yang lain-lain, sebab mereka ini unik”



“Tak semestinya nyanyi nak kena tinggi-tinggi. Tengok muzik mereka macam mana mereka sampaikan. Kalau netizen asyik kecam, bila mereka ni naik atau berjaya seperti artis-artis lama?” katanya yang ditemui selepas selesai AJL 32.

Pun begitu, kami sekali lagi mengucapkan tahniah buat Haqiem Rusli kerana berjaya merangkul tempat ketiga di AJL32, dan diharapkan kemenangannya ini mampu mengubah persepsi netizen terhadap penyanyi-penyanyi yang baru ‘nak up’ ini, seterusnya memberikan peluang kepada mereka untuk terus berkarya dan seterusnya mewarnai industri muzik Malaysia. (rtky/h)