Jampi Juara AJL 32
Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Jampi nyanyian Hael Husaini muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala lumpur pada malam Ahad.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop dan trofi AJL 32.
Tempat kedua dimenangi oleh Sejati nyanyian Azmi Caliph Buskers manakala tempat ketiga jatuh kepada Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli.
Persembahan Terbaik AJL 32 pula dimenangi oleh Altimet dengan lagu Amboi manakala Vokal Terbaik dirangkul oleh Erni Zakri & Syamel menerusi lagu Aku Cinta.
Trofi AJL 32 ini menampilkan kelainan apabila disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama Rizman Ruzaini.
AJL 32 yang dipancarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam menyaksikan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai pengacara, manakala Aubrey Suwito selaku pengarah muzik.
Sedang dikemaskini…
Aku Cinta td best sangat. Kenapa x menang.. Hurmmmm.. Murung aku malam ni..
Itulah pasal!
Tapi ok la tu at least dapat vokal.
Kebabom!
Ye suka aku cinta. Best sngt. Ttp mng dihati sy.
Tapi kenapa dia nyanyi corus je..?
Yg starting tu x nyanyi..
“Bermula pandang permata..” aku pn dh x ingat liriknya..
x best cikit la bg aku..
Jampi layak menang secara teori nya ini bkn lagu cinta biasa yg klise tapi penuh misteri
betul. lagu ni haunting. mcm lagu beauty and the beast.