fbpx

Kembali Aktif Di IG, Peminat Luah Rasa Rindu Pada Da’i Syed

Hampir seminggu dibebaskan daripada tahanan reman atas dakwaan salah laku seksual, pendakwah muda Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullai kembali aktif di Instagram.

Menerusi Insta Story, Da’i Syed dilihat ada memuat naik beberapa nukilan isi hatinya sepanjang dia berada di dalam lokap tahanan selama 13 hari.

BACA: “Makcik Kantin Pun Dah Kenal Siapa Da’i Syed”

Dalam pada itu, seorang rakannya yang juga penyanyi Ryan Deedat memuat naik video sedang makan bersama pendakwah tersebut di media sosial. Da’i Syed dilihat ceria, sempat mengalunkan sedikit lagu berbahasa Arab buat para peminat yang merinduinya.

@ryandeedat

special guest for you guys #daisyed #tiktok #foryoupage @daisyed

? original sound – Ryan Deedat – Ryan Deedat

Perkongsian video di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang tidak sabar dan rindu untuk melihat Da’i Syed kembali beraksi di Live Instagram seperti biasa.