fbpx

“Makcik Kantin Pun Dah Kenal Siapa Da’i Syed”

Sebelum ini kurang dikenali ramai, kontroversi terpalit Da’i Syed sekaligus menaikkan nama pendakwah itu sehingga dirinya menjadi lebih terkenal. Perkara itu turut diakui pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Menurut Aizat, orang ramai kini lebih mengenali pendakwah berkenaan susulan kontroversi tersebut sehinggakan makcik kantin juga turut kenal siapa Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

BACA: “Sepanjang Ditahan, Saya Termenung & Bertanya Kenapa Allah Bagi Ujian Ini”

“Diakui kontroversi yang melanda sedikit sebanyak menaikkan nama dan lagu nyanyian Syed. Kalau dulu memang ramai tak kenal, tapi sekarang berbeza. Makcik kantin di mahkamah pun sudah kenal dia.

“Bagi saya, apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Selain menaikkan namanya, mungkin selepas ini dia boleh menggunakan peluang itu untuk berdakwah dan berkongsi perkara kebaikan,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya nyanyian Da’i Syed, pengurusnya berkata pihak pengurusan sudah ada perangangan terbaru untuknya namun ia bergantung kepada kesediaan dan emosi pendakwah itu.

“Buat masa ini tengok keadaan emosi dia dulu. Cuma, pihak pengurusan memang sudah ada perancangan untuk dia, tapi perlu memastikan dia betul betul bersedia dan bersemangat untuk kembali aktif