Keluarga Sharnaaz Ahmad Datang Merisik, Bakal Kahwin Tahun Depan

Tahniah buat pasangan yang manis ini yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Menerusi BH Online, ibu bapa Sharnaaz Ahmad telah pun datang merisik keluarga Noor Nabila hari ini.

BACA: Sharnaaz Ahmad Akui Bahagia, Tiada Isu Tumbuk Kekasih

“Pada majlis berkenaan, keluarga saya diwakili empat orang termasuk ibu bapa saya. Kami juga sepakat untuk tidak mengadakan majlis bertunang, sebaliknya terus melangsungkan pernikahan. Insya-Allah, atas persetujuan bersama, kami berdua bakal disatukan sebagai suami isteri pada suku pertama tahun depan”

“Menurut perancangan juga, jika boleh kami akan mengadakan majlis kahwin sebelum ketibaan Ramadan dan Syawal. Jadi, dapatlah kami beraya sama sebagai suami isteri,” jelas pelakon lelaki tersebut.

Selain itu menurut Sharnaaz, dia turut melihat Nabila sebagai seorang pilihan terbaiknya untuk menjadi isteri malah turut yakin bahawa pilihannya itu adalah tepat. Apa pun, semoga segala perancangan dan juga persiapan pasangan ini akan berjalan dengan lancar. (rtky/s)

×